Tuesday, October 23, 2012

Bunga Cinta Hatiku(Rindu)

Dalam keheningan senja,
Yang kuningnya menyimbahi muka,
Aku duduk kesorangan,
Mengarang kata,
Menyulam makna,
Melepaskan rasa,
Benarkah tiada baris dapat ku coretkan,
Segala akal dan rindu?



Dan
Malam pun menjemput malu,
Namun seri purnama tanpa senyummu,
Sinar kejora tanpa kerdip matamu,
Nyanyian alam tanpa suaramu,
Gelap,sunyi dan sepi,
Dan sepi itu adalah hatiku,



Dan
Mimpi pun mula berlayar,
Terus berlayar,
Melabuhkan kasih di taman indah,
Keindahannya kerana bunga,

Dan
Bunganya adalah hatimu

Dan
Dalam hatimu ada cintamu

Dan
Dalam cintamu ada hatiku

2 comments:

nurnuha said...

sangat3 suka this kind of writing. puisi sebegini buatkan saye tersenyum2. love it! :D

nabiela said...

I LOVE U ..