Friday, January 28, 2011

Standard Deviation

Aku telah berfikir banyak untuk masalah ini, namun tidak aku ketemu jawapan yang pasti.Begini,aku ada beberapa set mana setiap satunya mempunyai beberapa data. Setiap data itu juga mempunyai beberapa nilai rawak yang tersendiri. Soalannya,bagaimanakah aku ingin ketahui nilai yang sepatutnya menghampiri nilai terbaiknya(atau sekurang-kurangnya mediannya). Aku cuba menyelesaikannya menggunakan standard deviation [matematik tingkatan 4 aku rasa] ,aku kurang pasti sama ada method ini betul atau tidak, namun setakat ini aku rasa inilah yang terbaik.Di bawah ini aku bagi satu contoh set.
p/s: Data sebenar adalah beribu-ribu lemon.

A1,A2,A3,A4…… = data-data
A, B,C,D………   = set-set

Untuk itu aku mencari median bagi setiap X.Jadi ini hasilnya seperti di  Table.2




Dan melalui method pengiraan bagi mean dan juga standard deviation( table.3).

 
Kemudian aku kumpulkan set-set itu dan aku rankingkannya pula mengikut peratus standard deviation terhadap meannya [Table.4].Dan akhirnya aku ketahui data yang mana yang bermasalah. Seterusnya aku hanya menyemak set yang bermasalah sebagai contoh data A3.


Kemudian aku plotkan graf data A3,  Nilai vs Set.





Set yang bermasalah adalah Set B,C,E dan F.

Tetapi secara keseluruhannya jika dibuat bandingan set dan data yang bermasalah adalah yang mempunya % delta yang lebih besar dari sifar.Untuk mengetahui set yang mana mempunyai masalah nilai mengikut data-data tertentu,boleh ulangi langkah seperti Chart.1.

Kesimpulannya semakin kurang % delta itu semakin baik dipersion set-set itu.

 p/s: Sulit sungguh untuk aku menulisnya di dalam bahasa melayu.

Tuesday, January 25, 2011

Pakcik Tua Dan Nasihatnya

Cahaya bulan menikam muka, sudah tentu dengan kedingin malam,bahang panas bulan itu hanya secebis kuman di mata kedinginan.Aku melangkah laju membuka pintu sebuah francais makanan segera (ala yang poster ayam dan burgernya lebih besar dari gelas minuman berkarbonat tu,tidak pasti sama ada ayam itu terlampau sehat atau sebaliknya).Semuanya telah habis, hanya tinggal sisa-sisa daging ayam bersalut tepung. Aku melangkah keluar, meraba-raba telepon tangan di saku untuk melihat jam.Hampir lewat malam.

Tiba-tiba aku merasakan waktu telah berpatah balik,mataku menatap jelas seorang pakcik yang tidak terlampau tua dan tidak terlampau muda,sangat bersesuaian untuk aku gelarnya pakcik duduk dihadapanku.Di waktu itu puteraku telah lahir ke dunia, dan dia melawat dan menitipkan nasihat yang amat berguna.Tentang masa...adakah yang lebih berharga dari itu?

Wajahnya sangat tenang,bila bercakap senyumannya beriringan bersama alunan suaranya.Diksinya sangat jelas dan tepat,ayatnya ringkas dan mudah difahami.Sesekali menyapu janggutnya yang panjang sehingga ke buah halkum, tidak tebal tetapi kemas.Urut-urat uban melingkari janggutnya.

Sambil memandang ke wajahku dengan pandangan yang cukup ikhlas, dia lantas melontarkan jawapan tentang masa.Katanya,masa itu umpama gaji bulanan kita,perlu pandai menetapkan kegunaannya sama seperti wang.Jika tidak ia tidak pernah cukup.Masa tetap 24 jam sehari,dan terpulang kepada kita untuk menentukan bagaimana ia akan digunakan, sudah tentu ia akan cukup seperti kamu mendapat gaji bulanan pertama kamu.Ringkasnya...

Aku ingin bertanya bagaimana pula perihalnya dengan perempuan itu yang mendapatkan gaji dari suaminya dan berjoli-joli dengan wang rakyat ke sana sini, sudah tentu tiada hadnya,bukan.Namun aku ketapkan bibir ini.Biar sahaja aku jumpa jawapannya di akhirat nanti di hadapan tuhanku.

Tiba-tiba aku dikejut dengan angin malam yang menampar mukaku dengan kuat.Aku tersedar.Aku lihat jam di talepon tanganku,cuma 3 saat telah berlalu.

Monday, January 17, 2011

Tenaga dan Masa itu Sama Penting

Sudah seminngu sakit di kepala menggangu perjalanan hidup.Paracetamol 500 sudah dijamah perut,tidak tahu sama ada itu racun atau madu, namun setiap kali dimakan kesan sakit kepala berkurangan ( atau hanya placebo?) .Bermula dengan mata yang kering dan letih berakhir dengan sakit kepala selama seminggu.
  
Banyak perkara yang berlalu begitu sahaja, senyuman puteraku hanya singgah di sudut tepi mata,soalan dan perbualan isteri di balas dengan ayat yang tidak cukup sifat,hanya cukup-cukup untuk menyampaikan makna.Tidak banyak kerja yang dilangsaikan di pejabat. Masa yang banyak,namun tiada tenaga.

Pengurusan Enery itu sama penting dengan Pengurusan Masa!!

Ini bukan promosi minuman yang mengandungi zat elektron yang di cas,mahupun gelang yang menyedut tenaga luaran dan masuk ke dalam badan.Kita selalu berdepan dengan kerja bertimbun-timbun,lalu kita salahkan masa,kita uruskan masa.Kemudian kita mempunyai masa untuk melakukan semuanya tetapi kerap kali terjadi waktu kita punyai masa namun tiada mood,motivasi dan tenaga di sana. Kedua-duanya membawa kepada hasil yang tidak produktif.Kita selalu mengambil berat tentang pengurusan masa, jadual disediakan dengan begitu teliti tetapi diakhirnya hanya tertampal di atas meja menjadi alas kepala untuk tidur lesu.Kita lupa pengurusan tenaga itu sama penting dengan pengurusan masa.

Aku berkhutbah kepada sang isteri. Anak matanya menghalakan tepat ke arah anak mataku,aku gelisah,kakiku menguis-nguis tikar,apa makna pandangan itu.Tiba-tiba segalanya seperti sangat perlahan.Namun di saat jam saat berdetik untuk kali kedua, dengan menhembuskan suara yang lembut isteriku bertanya, mahu dipicitkah kepala itu?

Duhai isteriku,sudah puas aku berkhutbah baru kini kau mencapai maksud.

Ku baringkan kepala,lalu isteri meminjamkan tangan saktinya untuk mengurut kepala ini.Terasa semunya pergi....yang tinggal hanya cinta.

Wednesday, January 5, 2011

Mengapa Membaca?

Mataku berkelip,sudah berapa ketika ia sangat letih dan kering.Beberapa titis Eye Mo ku titip perlahan ke anak mataku(yang cantik).Ia selalu mengganggu proses membaca aku sehingga aku jadi malas,sehingga aku jadi segan untuk menatap butir-butir perkataan.
Jadi aku hanya lemparkan pandangan malas pada pokok renek diluar rumah,hijau dan segar, titis-titis air hujan masih hadir di sisi lembut daun yang hijau persis mutiara-mutiara terpilih yang dipakai oleh gadis sunti yang cantik.Lantas aku bertanya kepada diri, untuk apa aku membaca sedangkan keindahan alam di hadapan mataku.Keindahan alam yang masih belum puas diterokai dan dinikmati oleh mata.
Ya,manusia itu  boleh ada pelbagai sebab untuk membaca atau pelbagai sebab untuk culas membaca.Untuk aku,aku membaca untuk aku berfikir.Bagi aku membaca  hanyalah sebagai alat fikir.Oleh kerana itulah  jika diteliti aku ini orangnya jenis fikiran yang agak kurang  baik dan tidak tinggi (bukan kurang waras ya) kerana aku kurang membaca,hehe...
Moga  aku semakin rajin membaca ( sudah tentu dikurniakan masa dan tenaga),pinta hatiku kepada tuhan.

Monday, January 3, 2011

Hujan

Hujan,
Dingin,deras,suci.
 
Tik tok,
titisan,
hatiku di ketuk,
Menyuci segala daki.

Derap-derap,
Ku menadah,
Ku ingin hirup kasih sayang-Nya.

Hujan,
Ku menunggu hingga kau teduh,
Untuk ku keringkan mata.
Selepas ku panjatkan segala doa.