Thursday, December 8, 2011

Mari berbudi pada ladang

Seberat budi itu kasih,
Seringan budi itu bahasa,
Selambak menjadi rangkaian,
Secebis ia menjadi ingatan,
Ditiup angin ia melayang,
Digegar bumi ia jatuh.
 
Tanah mana tidak akan disebut,
Jika tidak di tempat bersemainya budi,
 
Hati mana tidak terpaut,
Jika tidak di tempat berlabuhnya budi,
 
Hakikat insan,
Tiada apa tanpa budi.
Hakikat kehidupan,
Tiada hidupan tanpa budi Ilahi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berbudi pada ladang,
Mari membeli kondo,
Berbudi pada rakyat,
Mari buat bodo..

2 comments:

Bertih_Jagung84 said...

Zaman Millenium, Lembu bukan kat ladang..lembu tido dalam kondo..hehe

Shah said...

kalau lembu tidur di dalam kondo,rakyat mahu tidur di mana?di ladang barangkali...hehe