Monday, January 17, 2011

Tenaga dan Masa itu Sama Penting

Sudah seminngu sakit di kepala menggangu perjalanan hidup.Paracetamol 500 sudah dijamah perut,tidak tahu sama ada itu racun atau madu, namun setiap kali dimakan kesan sakit kepala berkurangan ( atau hanya placebo?) .Bermula dengan mata yang kering dan letih berakhir dengan sakit kepala selama seminggu.
  
Banyak perkara yang berlalu begitu sahaja, senyuman puteraku hanya singgah di sudut tepi mata,soalan dan perbualan isteri di balas dengan ayat yang tidak cukup sifat,hanya cukup-cukup untuk menyampaikan makna.Tidak banyak kerja yang dilangsaikan di pejabat. Masa yang banyak,namun tiada tenaga.

Pengurusan Enery itu sama penting dengan Pengurusan Masa!!

Ini bukan promosi minuman yang mengandungi zat elektron yang di cas,mahupun gelang yang menyedut tenaga luaran dan masuk ke dalam badan.Kita selalu berdepan dengan kerja bertimbun-timbun,lalu kita salahkan masa,kita uruskan masa.Kemudian kita mempunyai masa untuk melakukan semuanya tetapi kerap kali terjadi waktu kita punyai masa namun tiada mood,motivasi dan tenaga di sana. Kedua-duanya membawa kepada hasil yang tidak produktif.Kita selalu mengambil berat tentang pengurusan masa, jadual disediakan dengan begitu teliti tetapi diakhirnya hanya tertampal di atas meja menjadi alas kepala untuk tidur lesu.Kita lupa pengurusan tenaga itu sama penting dengan pengurusan masa.

Aku berkhutbah kepada sang isteri. Anak matanya menghalakan tepat ke arah anak mataku,aku gelisah,kakiku menguis-nguis tikar,apa makna pandangan itu.Tiba-tiba segalanya seperti sangat perlahan.Namun di saat jam saat berdetik untuk kali kedua, dengan menhembuskan suara yang lembut isteriku bertanya, mahu dipicitkah kepala itu?

Duhai isteriku,sudah puas aku berkhutbah baru kini kau mencapai maksud.

Ku baringkan kepala,lalu isteri meminjamkan tangan saktinya untuk mengurut kepala ini.Terasa semunya pergi....yang tinggal hanya cinta.

No comments: