Wednesday, January 5, 2011

Mengapa Membaca?

Mataku berkelip,sudah berapa ketika ia sangat letih dan kering.Beberapa titis Eye Mo ku titip perlahan ke anak mataku(yang cantik).Ia selalu mengganggu proses membaca aku sehingga aku jadi malas,sehingga aku jadi segan untuk menatap butir-butir perkataan.
Jadi aku hanya lemparkan pandangan malas pada pokok renek diluar rumah,hijau dan segar, titis-titis air hujan masih hadir di sisi lembut daun yang hijau persis mutiara-mutiara terpilih yang dipakai oleh gadis sunti yang cantik.Lantas aku bertanya kepada diri, untuk apa aku membaca sedangkan keindahan alam di hadapan mataku.Keindahan alam yang masih belum puas diterokai dan dinikmati oleh mata.
Ya,manusia itu  boleh ada pelbagai sebab untuk membaca atau pelbagai sebab untuk culas membaca.Untuk aku,aku membaca untuk aku berfikir.Bagi aku membaca  hanyalah sebagai alat fikir.Oleh kerana itulah  jika diteliti aku ini orangnya jenis fikiran yang agak kurang  baik dan tidak tinggi (bukan kurang waras ya) kerana aku kurang membaca,hehe...
Moga  aku semakin rajin membaca ( sudah tentu dikurniakan masa dan tenaga),pinta hatiku kepada tuhan.

No comments: